1956
Bermula sebagai Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development) di Petaling Jaya, Selangor hasil inspirasi Dato' Onn Bin Jaafar. Pada bulan Jun 1965, Dewan Latihan RIDA diletakkan dibawah Majlis Amanah Rakyat dan dikenali sebagai Maktab Mara.
14 Oktober 1967
Petukaran nama Maktab Mara kepada Intistut Teknologi MARA telah mengembang dan meluaskan lagi kursus pengajian dengan penambahan beberapa fakulti. 
26 Ogos 1999
Perjumpaan secara besar-besaran telah diatur yang melibatkan semua pentadbir, mahasiswa dan alumni di Stadium Melawati menyaksikan satu detik bersejarah di negara ini. Pengumuman oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan kewujudan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi mengantikan ITM. Kini, UiTM menawarkan pelbagai jurusan program di 24 fakulti dan 7 pusat akademik.

Sejarah Komander Kesatria
UNIT KESATRIA 
Jun 1976
Kewujudan Unit Kesatria disebabkan dua demonstrasi mahasiswa IPT termasuk ITM pada akhir tahun 1975. Pada awalnya Latihan Kesatria ini secara sukarela menyebabkan tidak ramai menyertai. Keadaan ini tidak mencapai objektif penubuhannya.  Oleh itu, pada tahun 1978 latihan kesatria dan juga aktiviti-aktiviti yang lain dijadikan ko-kurikulum. Semua pelajar baru adalah diwajibkkan mengikuti salah satu ko-kurikulum untuk selama 2,3 atau 4 semester mengikut keperluan kursus pengajian masing-masing.

KOMANDER KESATRIA
Komander Kesatria adalah satu kelompok pelajar yang telah dibentuk dan diberi pendedahan kepada ciri-ciri kepimpinan dan disiplin yang meliputi aspek rohani, jasmani dan emosi hasil dari Latihan Intensif Bakal Komander. Sesuai dengan latihan dan pendedahan yang diberi sepanjang penglibatan, Komander Kesatria berpotensi untuk menjadi Pembantu Jurulatih Kesatria dan pemimpin kepada ahli Kesatria. Di samping itu, Komander Kesatria mampu dikerah memberi khidmat sosial dalam pelbagai program apabila diperlukan di peringkat dalaman mahupun luaran UiTM.

MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA PUNCAK ALAM & PUNCAK PERDANA
 16 SEPTEMBER 2009
Tertubuhnya MPKK Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana dirasmikan oleh Kolonel Kesatria Adnan Omar Timbalan Pengarah HEPA. Pentadbiran ini telah diterajui oleh KK (B) Mohd Faiz Mustaffa jurusan pengajian Farmasi dan dibawah penasihat Kapten Kesatria Mazlina Pati Khan pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat.
Pelbagai isu dan cadangan telah diutarakan dan antaranya pemilihan formasi untuk Komander Kesatria Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana. Hasil sepakat seluruh pihak, telah memutuskan Naga sebagai formasi seperti gambar dibawah. Pemilihan naga  adalah kerana sifatnya lebih kepada api yang sinonim dengan semangat membara untuk berjuang sebagai Komander Kesatria. Naga juga disifatkan binatang yang tidak dapat ditewaskan oleh mana-mana binatang kerana kewujudannya yang tidak dapat ditemui di dunia hari ini. Walaupun ia tidak wujud, namun, kehebatannya sentiasa meniti di bibir setiap manusia dan diketahui umum. Kekuatan bukan hanya luaran tetapi juga dalaman.

17 Januari 2017
Kini MPKK Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana diterajui oleh Lt. Muda Mohd Hafiz Abdul Ghani daripada Fakulti Pendidikan dan dibawah bimbingan penasihat Lt. Kolonel (K) Norizan Che Ahmad. Diharapkan agar dibawah kepimpinan ini, nama Komander Kesatria dapat diharumkan di persada negara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 
Berikut adalah reka muka depan bagi majalah Flame of Commander 16/17. Majalah ini akan menampilkan tentang semua aktiviti yang telah dijalankan oleh Komander Kesatria Puncak Alam dan Puncak Perdana. Selain itu, ruangan khas ditulis buat komander komander yang bakal bersara serta menampilkan karya-karya kreatif nukilan komander sendiri. Penerbitan majalah ini dijangka selesai pada hujung semester pengajian Mac-Julai 2017. Semoga dipermudahkan.
TARIKH: 23/07/2016 – 03/08/2016
TEMPAT: UITM SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM 

Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) merupakan salah satu program yang dikendalikan oleh Unit Kokurikulum UiTM, selalunya melibatkan beberapa buah kampus mengikut zon masing-masing. Pada tahun ini, Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Selangor Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana telah menganjurkan Latihan Intensif Bakal Komander 2016, bertempat di UiTM Selangor Kampus Puncak Alam. Latihan ini telah diadakan selama 12 hari, bermula dari 23 Julai hingga 03 Ogos 2016 yang menggabungkan tiga kompeni di Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana yang terdiri daripada kompeni Kesatria  Negara  dan  Kesatria  Bomba  dan  Badan Pertolongan Cemas, melibatkan 45 orang bakal   komander  daripada Pengajian Ijazah dari kedua-dua buah kampus. 

Objektif utama LIBK diadakan adalah untuk melahirkan bakal-bakal komander yang seterusnya bakal menyambung legasi Komander Kesatria yang berilmu dan berdisiplin. Latihan ini  bermatlamat untuk mendukung visi dan misi  bagi memenuhi  aspirasi  UiTMsecara menyeluruh sekaligus  diharapkan mampu mengangkat martabat agama,  bangsa dan negara  serta bersaing di peringkat global

Selama 12 hari latihan ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan dalam memenuhi matlamat yang telah digariskan. Antaranya ialah latihan kawad kaki, latihan kecergasan jasmani, ceramah-ceramah agama dan kepimpinan dan teknik pengendalian berpasukan, sukan dan aktiviti kecergasan jasmani, Malam Sekalung Budi dan diakhiri Majlis Tamat Latihan. Semua aktiviti yang dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan antara fizikal dan spiritual dalam melahirkan komander yang berkaliber, berdedikasi dan berketerampilan dalam memenuhi aspirasi graduan UiTM. 

Malam Sekalung Budi merupakan satu acara makan malam yang mendidik para bakal komander supaya dapat  berfikir  dan  bertindak  secara rasional  dalam masa yang  singkat, di samping  membentuk kerjasama berpasukan dalam kalangan mereka. Melalui acara makan malam ini, para  bakal komander turut diajar tentang protokol majlis dan protokol di meja makan. 

Kemuncak acara untuk LIBK ialah Majlis Tamat Latihan LIBK 2016 di mana ianya sebagai satu penghargaan dan meraikan mereka yang berjaya mengharungi latihan sehingga tamat. Majlis Tamat latihan LIBK 2016 telah diadakan pada 03 Ogos 2016 bermula jam 1000 pagi dan berakhir pada jam 1230 . Majlis telah dirasmikan oleh Brid.  Jen. (K) Prof Dr Hj Zaini Abdullah, Rektor UiTM Selangor dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kehormat, staf UiTM Selangor dan ibu bapa.

Sebagai kesimpulan, Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) 2016 telah berjalan lancar seperti pelan yang telah dirancang.

Latihan kawad kaki di Padang Kawad, Kampus Puncak Alam

Latihan jasmani yang dikendali oleh cikgu Husin

Pengambilan barang-barang logistik seperti pakaian no. 4 dan aksesori

Perkhemahan di Tasik Biru Kundang, Selayang

Aktiviti berkayak di Tasik Biru Kundang, Selayang

Ujian bertulis yang bertujuan menguji pengetahuan bakal komander

Raptai perbarisan tamat latihan yang dikendali oleh Komander Kesatria serta jurulatih

Alhamdulillah LIBK 2016 telah tamat dengan jayanya. Kami selaku wakil Majlis Perwakilan Komander Kesatria sesi 2016/2017 mengucapkan tahniah kepada Komander Baru yang telah menamatkan latihan selama dua minggu. Semoga  input yang diberi dapat dimanfaatkan sebaiknya. Selamat maju jaya.

TARIKH   : 30 MEI 2013 - 3 JUN 2013
TEMPAT : UiTM TERENGGANU

Kesungguhan Skuad Puncak Naga KKEC 2013 membuat persiapan rapi ke KKEC 2013 di UiTM Terengganu telah mengubati luka lama KKEC 2012 di UiTM Pulau Pinang dengan membawa pulang kejayaan dan mengahkan lagi nama kampus di peringkat UiTM SeMalaysia.

Untuk edisi kali ini, pelbagai acara dipertandingkan selain mengekalkan acara Extreme Outdoor Quest (EOQ) melibatkan komponen berbasikal 25km - kayak 16km - larian pantai 09km dan Acara Jalan Lasak Malam 16KM, turut dipertandingkan acara Orienteering, Teater Pahlawan, Bola Tampar Pantai, Istana Pasir dan Memancing.

Syukur pada ilahi kerana berkat kurnianya kontinjen KKEC edisi kali ini diketuai CC1 KM Muhammad Afif Farhan dan dibantu oleh CC1 KMdy Kama (Teater), CC1 KM Rafiki dan CC1 KM Muhammad Amirul berjaya membawa pulang Naib Johan Jalan Lasak Malam di belakang Kontinjen Sabah dan Tempat Ketiga untuk Teater Pahlawan.

KKEC edisi kali ini digembirakan lagi apabila Team Alumni All-Star yang diketuai oleh KK Faiz hasil gabungan Alumni UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana, Shah Alam dan Sabah telah berjaya merangkul Johan untuk acara Orienteering dengan mata sebanyak 345 mengalahkan tuan rumah Terengganu (295) serta tempat ketiga/keempat untuk acara bola tampar.

Team Alumni All-Star turut disertai oleh bekas srikandi Puncak Naga iaitu KMdy (B) Tengku Nilam Mazueen, KM (B) Hafidzah dan KM(B) Haikal.

UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana telah merangkul tempat kelima keseluruhan dari 16 kontinjen bertanding dibelakang UiTM Terengganu, Pahang, Sabah dan Alumni All-Star.

Diharapkan kejayaan kali ini merupakan titik tolak dan semangat kepada Puncak Naga lain untuk bersaing dan membuat persiapan rapi di kejohanan akan datang.

Kapt (K) Masfazura yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kontinjen Puncak Naga

Ketua Kontinjen KKEC 2013 : CCI KM Afif Farhan

Kontinjen KKEC 2013 bergambar bersama kontinjen Sabah

KM (B) Syuhada dan CCI KM Izzaty turut hadir memberi sokongan kepada Kontinjen KKEC 2013.
Pertandingan Kawad Kaki Berunifrom ataupun (PERKOM) merupakan pertandingan kawad kaki yang julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana.Pertandingan ini telah diadakan pada 16 Oktober 2010 di Padang Kawad Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam. Sebanyak lima platun telah menyertai pertandingan ini. Platun- platun tersebut merupakan kompeni-kompeni yang bernaung di bawah MPKK UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana yang terdiri daripada platun Kompeni B (Fakulti Perakaunan), Kompeni K (Fakulti Pengurusan Maklumat), Kompeni L (Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat), Kompeni N (Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik), dan Kompeni PH (Fakulti Farmasi). 

Upacara majlis dimulakan dengan demo pertandingan dipersembahkan oleh Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) UiTM Kampus Puncak Alam. Pada ada masa yang sama pemeriksaan pakaian peserta dijalankan secara bergilir-gilir. Pertandingan dimulakan dengan platun dari kompeni PH, diikuti platun dari kompeni N. Seterusnya pertandingan diteruskan lagi dengan platun yang ketiga dari kompeni K, diikuti platun keempat dari kompeni L dan terakhir adalah platun dari kompeni B.

Pertandingan ini telah diadili olehjurulatih-jurulatih bertauliah dari Pusat Latihan Polis Tentera.

Acara seterusnya diikuti dengan upacara perbarisan masuk padang. Upacara perbarisan masuk padang tersebut telah diketuai oleh KM Noor Shahida Binti Rozizi. Perbarisan tersebut berlangsung dengan diiringi oleh rakaman drum beat.

Pertandingan PERKOM ini telah dimenangi oleh platun kompeni B sebagai Johan, Naib Johan dari platun kompeni N dan tempat ketiga disandang oleh platun kompeni K. Juara keseluruhan PERKOM2010 disandang oleh Kompeni B. Pengumuman Conducting Comander I(CCI) dan Komnder Madya serta penganugerahan tongkat pemakaian pangkat juga diadakan semasa majlis ini berlagsung.

IMPLIKASI: 

- Meningkatkandisiplin para pelajar.

- Dapat menyatukankomander dan pelatih antara dua kampus.

- Melahirkan danmemantapkan lagi sifat kepimpinan dalam kalangan komander.

- Mendidik pelatihbekerjasama dalam kumpulan.

- Mengeratkanhubungan silaturrahim antara pelajar kampus Puncak Alamdan Puncak Perdana.
Copyright © 2013 MPKK Puncak Naga