Konvensyen Komander Kesatria Siri-1/2010
Tarikh : 04/06/2010 - 07/06/2010
Tempat : UiTM Shah Alam
Seramai 18 siswa dan 18 siswi telah mewakili kampus dalam Konvensyen Komander Kesatria SeMalaysia. Konvensyen ini telah menghimpunkan Komander Kesatria dari seluruh sistem UiTM dengan tema 'Memperkasakan Komander Kesatria'.
Setiap kampus telah membentangkan kertas kerja masing-masing dan kampus Puncak Alam & Puncak Perdana telah diwakili oleh KRK Isa Puddin, KRK Aizedda Adenan dan dibentangkan oleh Ketua Delegasi Konvensyen, KK (B) Mohd Faiz Mustaffa.
Beberapa pertandingan turut dijalankn sepanjang Konvensyen Komander Kesatria iaitu Pertandingan Karaoke 60-an, Pengucapan Awam dan Kawad Kreatif. Kontinjen Puncak Alam & Puncak Perdana telah menunjukkan persembahan yang mengagumkan dan mantap bagi kesemua acara yang dipertandingkan.
Dendangan lagu Apa Guna Berjanji oleh KM (B) Maisarah Meor Ahmad Ridzuan, diceriakan lagi oleh barisan penari dan persembahan unplague dengan iringan gitar cukup memukau para Pegawai dan Komander Kesatria seluruh kampus. KRM Shafika Kasim tidak terlepas juga dengan memberikan isi-isi yang sangat mantap dalam Pertandingan Pengucapan Awam. Gegaran ini diteruskan dengan persembahan mantap dan jitu dengan gerakan formasi yang cantik dan kreatif oleh PASKAD dalam Pertandingan Kawad Kreatif.
Walaupun hanya sekadar mendapat Naib Johan bagi Pertandingan Kawad Kreatif dan tewas pada lain-lain acara tapi cukup untuk membuka mata seluruh pegawai dan Komander Kesatria. Diharapkan kejayaan yang telah dianugerahkan ini dapat menjadi batu loncatan untuk kejayaan pada masa akan datang.
Tahniah dan Syabas diucapkan!