Mengenai Kami

1956
Bermula sebagai Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development) di Petaling Jaya, Selangor hasil inspirasi Dato' Onn Bin Jaafar. Pada bulan Jun 1965, Dewan Latihan RIDA diletakkan dibawah Majlis Amanah Rakyat dan dikenali sebagai Maktab Mara.
14 Oktober 1967
Petukaran nama Maktab Mara kepada Intistut Teknologi MARA telah mengembang dan meluaskan lagi kursus pengajian dengan penambahan beberapa fakulti. 
26 Ogos 1999
Perjumpaan secara besar-besaran telah diatur yang melibatkan semua pentadbir, mahasiswa dan alumni di Stadium Melawati menyaksikan satu detik bersejarah di negara ini. Pengumuman oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan kewujudan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi mengantikan ITM. Kini, UiTM menawarkan pelbagai jurusan program di 24 fakulti dan 7 pusat akademik.

Sejarah Komander Kesatria
UNIT KESATRIA 
Jun 1976
Kewujudan Unit Kesatria disebabkan dua demonstrasi mahasiswa IPT termasuk ITM pada akhir tahun 1975. Pada awalnya Latihan Kesatria ini secara sukarela menyebabkan tidak ramai menyertai. Keadaan ini tidak mencapai objektif penubuhannya.  Oleh itu, pada tahun 1978 latihan kesatria dan juga aktiviti-aktiviti yang lain dijadikan ko-kurikulum. Semua pelajar baru adalah diwajibkkan mengikuti salah satu ko-kurikulum untuk selama 2,3 atau 4 semester mengikut keperluan kursus pengajian masing-masing.

KOMANDER KESATRIA
Komander Kesatria adalah satu kelompok pelajar yang telah dibentuk dan diberi pendedahan kepada ciri-ciri kepimpinan dan disiplin yang meliputi aspek rohani, jasmani dan emosi hasil dari Latihan Intensif Bakal Komander. Sesuai dengan latihan dan pendedahan yang diberi sepanjang penglibatan, Komander Kesatria berpotensi untuk menjadi Pembantu Jurulatih Kesatria dan pemimpin kepada ahli Kesatria. Di samping itu, Komander Kesatria mampu dikerah memberi khidmat sosial dalam pelbagai program apabila diperlukan di peringkat dalaman mahupun luaran UiTM.

MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA PUNCAK ALAM & PUNCAK PERDANA
 16 SEPTEMBER 2009
Tertubuhnya MPKK Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana dirasmikan oleh Kolonel Kesatria Adnan Omar Timbalan Pengarah HEPA. Pentadbiran ini telah diterajui oleh KK (B) Mohd Faiz Mustaffa jurusan pengajian Farmasi dan dibawah penasihat Kapten Kesatria Mazlina Pati Khan pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat.
Pelbagai isu dan cadangan telah diutarakan dan antaranya pemilihan formasi untuk Komander Kesatria Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana. Hasil sepakat seluruh pihak, telah memutuskan Naga sebagai formasi seperti gambar dibawah. Pemilihan naga  adalah kerana sifatnya lebih kepada api yang sinonim dengan semangat membara untuk berjuang sebagai Komander Kesatria. Naga juga disifatkan binatang yang tidak dapat ditewaskan oleh mana-mana binatang kerana kewujudannya yang tidak dapat ditemui di dunia hari ini. Walaupun ia tidak wujud, namun, kehebatannya sentiasa meniti di bibir setiap manusia dan diketahui umum. Kekuatan bukan hanya luaran tetapi juga dalaman.

17 Januari 2017
Kini MPKK Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana diterajui oleh Lt. Muda Mohd Hafiz Abdul Ghani daripada Fakulti Pendidikan dan dibawah bimbingan penasihat Lt. Kolonel (K) Norizan Che Ahmad. Diharapkan agar dibawah kepimpinan ini, nama Komander Kesatria dapat diharumkan di persada negara.


Copyright © 2013 MPKK Puncak Naga